Bakal menimang cahaya mata kedua pada Mei depan, pelakon Elisya Sandha berkata dia tidak merancang untuk berehat lama selepas tamat tempoh berpantang.
Memetik mStar Online, Elisya berkata dia mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan dan mengakui rindu untuk berlakon semula.
BACA: Suami Elisya Sandha Fail Saman RM808,260 Terhadap Syarikat Wak Doyok
“Saya pun dah dapatkan izin suami, lepas habis berpantang mahu sambung kerja dan fokus pada kerjaya. Tak rancang untuk berehat lama.
“Saya rindu nak berlakon semula, rindu nak ke set penggambaran dan bawakan watak dalam lakonan,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Uzair berkata dia akan membawa Elisya mengerjakan ibadah umrah sebagai tanda penghargaan buat isterinya yang bakal melahirkan cahaya mata lelaki.
Untuk rekod, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq kini berusia 3 tahun.
SUMBER: mStar Online