Baju Fattah Amin ’Sold Out’ Dalam Masa 22 Saat

Nampaknya fenomena Fattah Amin masih lagi menjadi bualan ramai apabila baju edisi khas yang dikeluarkan pelakon itu habis dijual dalam masa 22 saat di aplikasi TikTok. Difahamkan, baju tersebut dijual secara siaran langsung sempena promosi 11.11 semalam. 

BACA: Rezeki Tak Putus Lepas Cerai, Fattah Amin Berlakon Video Muzik Aina Abdul

Baju jenis t-shirt tersebut datang dengan tiga warna berbeza iaitu biru muda, hitam dan coklat serta dijual pada harga RM74 sehelai.

Ketika siaran langsung itu, Fattah meluahkan rasa syukur dengan sambutan diberikan peminat dan tidak menyangka baju tersebut habis terjual dengan cepat.

Dalam pada itu, ada dikalangan peminat tidak dapat membeli baju berkenaan kerana baru saja beg kuning dibuka terus habis dijual.

“Aduh baru nak beli untuk suami. Mana tahu bila suami pakai ada aura macam Fattah Amin,” komen netizen. Tak sempat nak beli. 

“Punyalah tunggu beg kuning dibuka. Sekali sold out,” komen seorang lagi netizen.

SUMBER: HibGlam

×