Mengeluarkan produk bantal zikir yang didatangkan dengan beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi, bagaimanapun, Sufian Suhaimi dikecam kerana dikatakan menggunakan agama untuk melariskan produknya dan digelar penunggang agama.
Tampil memberikan penjelasan mengenai isu tular itu, Sufian berkata tujuan dia menjual produk berkenaan adalah untuk menyebarkan perkara positif kepada orang ramai.
BACA: Jual Bantal Zikir, Sufian Suhaimi Dikecam Tunggang Agama
Malah, Sufian turut mempersoalkan netizen, bahagian manakah zikir, doa dan surah boleh menjadi menunggang agama.
Meskipun ada yang mengecam namun ramai yang mempertahankan produk tersebut yang sangat sesuai untuk bayi tidur sambil memperdengarkan zikir serta menenangkan jiwa sebelum tidur.
Tidak kurang juga ada netizen mengatakan mereka yang mengecam sebenarnya cemburu atau iri hati dengan kejayaan penyanyi itu. Kata netizen lagi, kalau tak suka tidak perlu beli produk tersebut.