Umum mengetahui, penyanyi Baby Shima kerap berulang alik ke ,Jakarta, Indonesia dan seperti rumah keduanya selepas mencipta populariti disana.

Namun, Baby Shima sering menerima kecaman netizen Malaysia susulan pelbagai kontroversi panas terpalit dirinya serta tariannya yang sering menimbulkan rasa kurang senang netizen.

BACA: Baby Shima Bergelek Sakan, Penari Hanya Berseluar Dalam

Meskipun sering dikecam, namun ia tidak memberi kesan pada Baby Shima yang dilihat lebih selesa menjadi diri sendiri.

@babyshimaofficial

goyangan bahagia disini ???? #babyshima #fyp #sejenaksendiri

? Sejenak Sendiri – Baby Shima

Baru-baru ini, Shima dilaporkan berada di Indonesia bagi menghadiri sebuah program bersama beberapa pelawak terkenal di negara seberang itu.

Menerusi aplikasi TikTok, Baby Shima dilihat ada memuat naik video ambil menari dengan menulis kapsyen bahagia ‘bergoyang’ di Indonesia.

Perkongsian Baby Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan penyanyi itu. Tidak kurang juga ada yang berharap Shima terus menetap di negara itu.

Terdahulu, Baby Shima mengakui layanan diterima dari netizen kedua-dua buah negara berbeza apabila peminat dari Indonesia lebih menghargainya hingga sanggup datang dari jauh untuk ke konsertnya.

×