Badan Kurus Mendadak, Raja Afiq Dedah Kena Buatan Orang

Penamplilan dan perubahan bentuk badan pelakon Raja Afiq yang dilihat kurus dan semakin cengkung menjadi perhatian ramai. 

Memetik mStar Online, Afiq mendedahkan dia melalui detik hitam apabila berdepan masalah kesihatan selepas disihir oleh individu tidak dikenali.

BACA: Raja Afiq Sah Bergelar Suami Anggota Polis Viral Soffwany

Menurut Afiq, dia terkejut apabila mendapati keluar darah ketika membuang air besar. Ujarnya, pada awalnya dia menyangkakan buasir namun doktor yang memeriksanya mengatakan tiada apa-apa.

“Ini sebenarnya ramai tak tahu, disebalik penurunan berat badan ni saya sebenarnya telah terkena sihir hingga mengakibatkan saya buang air besar keluar darah, pada mulanya saya ingatkan buasir tapi bila periksa dekat doktor tak ada apa pula.

“Saya turun berat badan daripada 90 hingga 70 kilogram sekarang ini, kemudian saya rasa pelik dan pergi berubat dekat ustaz kemudian dia mengesahkan saya terkena sihir,” katanya.

Dalam pada itu, Afiq berkata ustaz yang merawatnya mengatakan individu tersebut mempunyai niat untuk menyekat rezekinya. Malah sejak pertengahan tahu lalu dia juga kurang menerima tawaran berlakon dan kurang keyakinan diri.

“Ustaz tu cakap individu tersebut memang nak sekat rezeki saya dan membuatkan saya kurang keyakinan, sampai satu tahap pernah saya jadi down bila nak berjumpa dengan orang sebab gemuk… saya juga kurang terima tawaran sejak pertengahan tahun lepas lagi,” katanya.

×