Baru-baru ini perkongsian pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian apabila memuat naik video adegan romantik bersama Wan Raja untuk sebuah drama.
Menerusi video itu, memaparkan Fasha didukung oleh Wan Raja yang memegang watak hero dalam drama berjudul Malang Si Puteri.
BACA: Fasha Sandha Tak Kisah Terima Kritikan Sebab Seksi, Tak Beri Kesan Pada Hidup
View this post on Instagram
Meskipun sekadar lakonan namun ramai yang kurang senang dengan adegan berkenaan apatah lagi masing-masing berstatus isteri dan suami orang.
Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya bagaimana penerimaan suami Fasha iaitu Aidil Aziz apabila isterinya melakonkan babak sedemikian.
Sementara itu, ada yang mempersoalkan adakah watak berkenaan tidak menjadi jika tiada aksi romantis sedemikian dalam drama.