Ahli kumpulan Senario iaitu Azlee mengatakan dakwaan pelawak Saiful Apek ditahan pihak berkuasa, hari ini adalah tidak benar.
Memetik BH Online, Azlee berkata rakannya itu elok saja sekaligus menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan sejak petang tadi.
“Tiadalah… Elok sahaja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok sahaja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu,” katanya.
Bagaimanapun, Azlee berkata dia tidak tahu keberadaan Saiful memandangkan mereka tiada ‘job’ hari ini dan dia belum menghubungi rakannya itu.
“Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini,” katanya.
SUMBER; BH Online