Azlan Komeng Patah Kaki & Tangan, Isteri Cedera Ringan Terlibat Kemalangan

Pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz dilapor terlibat kemalangan di Kuala Lipis pada Jumaat lalu.

Kejadian itu dikongsi isterinya menerusi hantaran video di TikTok memberitahu suaminya patah kaki dan tangan akibat kemalangan bagaimanapun dia hanya cedera ringan.

BACA: Azlan Komeng Dedah Ini Pertama Kali Monogami

Difahamkan, Azlan dan isterinya menaiki kereta Perodua Kancil untuk menyertai festival makanan. Menurutnya, kereta dipandu suami bertembung dengan sebuah kenderaan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi berkenaan.

“Kereta kami bertembung dengan kenderaan lain, dan saya pun tak ingat sama ada lori atau van.

“Keadaan saya stabil cuma ada sedikit luka dan bengkak, cuma suami saya kaki dan tangan dia patah. Keadaan suami saya masih teruk lagi,” katanya.

Kara Nilam lagi, tindakan pantas suaminya yang cuba melindunginya ketika kemalangan telah menyelamatkan nyawanya yang mungkin akan dirempuh.

“Masa kejadian itu, mungkin saya yang mati dahulu kalau dia tak guna badan dia untuk halang saya daripada dirempuh.

“Saya minta anda doakan saya dan suami saya, saya tak tahu macam mana saya nak hidup tanpa suami saya,” katanya.

×