Azlan Komeng, Isteri Halalkan Duit RM10,000 Yang Hilang

Isteri kepada Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz memberitahu, dia dan suami sudah menghalalkan wang sebanyak RM10,000 yang hilang ketika mereka terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi video di TikTok, Nilam berkata sehingga kini dia masih belum menerima semula duit yang hilang itu serta menghalalkan duit tersebut dunia akhirat.

BACA: Tak Tergamak Minta Sumbangan, Isteri Azlan Komeng Jual Sos Buatan Sendiri

@puan_nilamortiz

penjelasan isu duit hilang, korang dengar ye???

? original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

“Saya nak cerita fasal isu duit kami yang hilang, ramai sangat tag dan bertanya kerana sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan dikeluarkan.

“Sehingga kini, saya masih belum terima duit yang hilang itu. Belum juga terima sebarang panggilan telefon atau mesej untuk pulangkan wang berkenaan.

“Saya sedia maklum, potensi untuk dapatkan semula duit tidak akan berlaku. Jadi selepas difikirkan, saya dan suami kata, demi Allah demi Rasul kami halalkan duit tersebut dunia akhirat,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia dan suami percaya ada rezeki lain buat mereka dan berharap pelaku berkenaan menginsafi perbuatannya.

“Kami minta pada Allah, semua Allah lapangkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga. Kami tidak mahu fikir lagi. Kalau ada rezeki, insya-Allah.

“Untuk awak (pelaku) yang ambil duit kami, kami suami isteri halalkan duit tersebut. Supaya kejadian ini menjadi asbab untuk awak berubah, sama-sama doa.

×