Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan hasratnya untuk menjual nombor pendaftaran kenderaannya MAF14 dengan harga bidaan bermula dari RM1.85 juta.
Perkara itu dikongsikan oleh Azhar menerusi Instagram miliknya berserta nombor telefon untuk dihubungi buat mereka yang berminat untuk mendapatkannya.
BACA: Azhar Sulaiman Berang Lelaki Buat Lawak Nak ‘Pinjam’ Leona Satu Malam
View this post on Instagram
“Jika anda mafia sejati, telefonlah kalau berani,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Azhar turut memuat naik gambarnya memegang Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti pemilik.
Turut disertakan gambar kenderaannya, Nissan Murano yang pernah tular sebelum ini disebabkan nombor plat berkenaan.
Diruangan komen, ada yang berseloroh mengatakan mahu menukar nombor pendaftaran berkenaan dengan kenderaan mereka masing-masing.