Ayda Jebat Dinobat Personaliti Sensasi Melodi

Tahniah diucapkan kepada Ayda Jebat yang talah mendominasi tiga kategori dan memenangi anugerah utama, Personaliti Sensasi Melodi pada kemuncak Anugerah Melodi 2015 yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seperti dijangka penyanyi Pencuri Hati itu turut memenangi Personaliti Muzik Melodi dan Personaliti Media Sosial Melodi.

BACA: Nora Danish, Ayda Jebat Letih Kena Kutuk

Sementara itu, nama Fattah Amin yang mula melonjak selepas drama yang mencipta fenomena dalam industri seni, Suri Hati Mr Pilot telah diumumkan sebagai Personaliti Drama Melodi. Manakala pasangannya pula, Neelofa telah diangkat sebagai Personaliti Pengacaraan Melodi. Selain itu Zizan Razak pula memenangi kategori Personaliti Filem Melodi.

Dalam kemuncak Anugerah Melodi 2016 semalam, pelbagai persembahan dari selebriti tanah air turut memeriahkan lagi suasana. Antaranya Amy Search, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan & The Typewriter, Black, Tomok selain kemunculan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Berikut merupakan senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016:

– Personaliti Sensasi Melodi: Ayda Jebat
– Personaliti Filem Melodi: Zizan Razak
– Personaliti Muzik Melodi: Ayda Jebat
– Personaliti Drama Melodi: Fattah Amin
– Personaliti Pengacaraan Melodi: Neelofa
– Personaliti Komedi Melodi: Jep
– Pasangan Sensasi Melodi: Akim & Stacy
– Personaliti Media Sosial Melodi: Ayda Jebat
– Personaliti Fesyen Melodi: Nazim Othman
– Personaliti Sukan Melodi: Datuk Lee Chong Wei

×