Awie Akui Berjiwa Lembut Dan Mudah Menangis

Seringkali terpalit dengan berita yang tidak berapa enak didengar dan berkaitan dengan gangster, Awie mempunyai jawapannya tersendiri dan dalam masa yang sama tidak mudah melatah dengan apa yang dilemparkan kepadanya.

BACA: “Patah Tulang Rusuk, Retak Tulang Hidung Dibelasah Awie” – Rozana

“Sebenarnya, berperwatakan dan berwajah begini, ia anugerah Allah. Tetapi tidak semua orang tahu apa sebenarnya yang berada dalam hati dan jiwa saya. Saya seorang yang sensitif dan berjiwa lembut”

“Saya mudah menitiskan air mata apabila ia membabitkan hal keluarga. Tak dapat bertemu anak pun, saya boleh menangis,” katanya kepada BH Plus selain menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya ketika ini adalah demi masa yang baik untuk anak-anaknya.

Selain itu, Awie juga tidak menyalahkan orang ramai yang memandang serong terhadapnya malah mengakui persespsi yang diberikan masyarakat tidak mendatangkan kesan kepada dirinya. (rtky/s)

×