Genap sebulan usia anak keduanya, pelakon dan pengacawa Awal Ashaari membuka akaun Instagram rasmi untuk Layla Amina.

Bagaimanapun, akaun itu masih diletak dalam mod privasi dan hanya mempunyai tiga pengikut iaitu Awal, Scha dan Lara Alana. Setakat ini, sebanyak 25 keping foto di kongsikan menerusi Instagram itu.

BACA: Sampai Tak Tidur Malam Fikir Nama, Awal & Scha Pilih Layla Amina

Lebih menjadi perhatian, menerusi profil di akaun itu, Awal turut menunjukkan cara menyebut nama Layla dengan betul iaitu Lee-La.

Terdahulu, Scha selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

×