Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah akhirnya mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan influencer terkenal, Ubai.

Baru-baru ini, perkongsian Shila di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila menitipkan ucapan istimewa buat kekasihnya itu.

BACA: “Lepas Sha Cerai, Sha Nak Something Different..” – Tindik Hidung, Shila Amzah Jawab Soalan

Menurut Shila, dia menyifatkan Ubai seorang yang kuat serta memberi inspirasi buat dirinya. Ujarnya, meskipun Ubai berdepan banyak cabaran namun dia terus bangkit.

“Awak adalah seorang insan yang kuat, selalu membeir inspirasi dan rajin bekerja. Awak melalui banyak cabaran yang teruk namun awak kembali kuat dan masih berdiri.

“Awak juga bersedia mengharungi apa jua cabaran yang mungkin cukup bodoh yang akan mendatang. Ubai, awak sentiasa memberikan saya inspirasi dalam melakukan sesuatu perkara yang mungkin saya tak mahu buat,” katanya.

Dalam pada itu, Shiila mengakui hidupnya kini lebih bermakna selepas kehadiran kekasihnya itu yang membuatkannya ketawa ketika dia mahu menangis.

“Aawak ajar saya berjuang dengan apa yang saya percaya dan tidak pernah berputus asa. Awak buat saya rasa untuk ketawa ketika saya rasa mahu memangis.

“Awak juga telah membawakan saya rasa gembira, ketawa dan cinta. Saya mahu lakukan semua perkara bersama awak,” tulisnya.

Terdahulu, Shila meminta peminat mendoakan yang baik-baik terutama karier seninya. Ujarnya lagi, sekarang bukan masa sesuai bercerita soal kahwin. 

×