Bagi menambah pembukaan hospital medan di negara i“Kita akan minta kerajaan untuk memenuhi keperluan itu. Pihak kami juga bersedia untuk mengambil kakitangan secara kontrak tetapi dalam kadar segera.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya bersedia dalam memerangi COVID-19, namun buat masa ini ATM kekurangan kakitangan dan peralatan.
Menurutnya, sekiranya petugas kesihatan dapat ditambah, pihaknya mampu membina lebih banyak hospital medan pada masa depan.
“Kita akan minta kerajaan untuk memenuhi keperluan itu. Pihak kami juga bersedia untuk mengambil kakitangan secara kontrak tetapi dalam kadar segera.
“Selain itu, yang terbaharu ialah hospital medan di Pulau Pinang bagi pesakit unit rawatan rapi (ICU) di mana maksimum katil ialah sehingga 24 katil dan kita telah sediakan 18 katil setakat ini”
“Penambahan katil selebihnya akan dibuat bermula esok,” katanya ketika sidang akhbar sesi Taklimat Kesiagaan Perkhidmatan Kesihatan ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Terdahulu, sebanyak empat buah hospital medan telah dibuka iaitu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang, Tawau, Sabah, Pokok Sena, Kedah dan Kapit, Sarawak dan terbaharu ialah hospital medan untuk pesakit ICU di Pulau Pinang.
Katanya, Malaysia tidak boleh secara persendirian membuat keputusan menghantar tentera ke luar negara kerana ia melibatkan undang-undang antarabangsa