Penyanyi Atilia Haron melangsungkan pernikahannya dengan lelaki bergelar jurutera bunyi dikenali dengan nama Adam Sofian di sebuah majlis tertutup sebentar tadi yang dihadiri keluarga dan teman rapat. Ini perkahwinan kedua beliau.
Sekitar 9.00 pagi Ahad, Atilia telah memuat naik foto sebuah pelamin di akaun Instagram miliknya dengan mengumumkan dia akan berkahwin pada hari ini dan ia hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Atilia dan Adam kini sah suami isteri.
“Salam everyone, alhamdulillah. I am extremely happy to share that I will be getting married today amongst family and close friends. We thank you for all your kind wishes and prayers. Love, A&A #atiliaadam,“ tulis Alitia yang mengiringi gambar tersebut.
“Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya dan sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi,“ jelas Atilia kepada mStar Online.
Dalam temubual itu juga, Atilia berkata beliau terpikat dengan ketegasan Adam sebagai seorang lelaki selain beliau seorang yang sangat berdisiplin dalam kehidupan seharian selain seorang yang begitu rajin bekerja.
“Sudah 12 tahun kami berkenalan & mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah,“ tambahnya. (rtky/m)