Meskipun berdepan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19, namun Atikah Suhaime tetap dengan pendiriannya enggan menerima watak antagonis yang tidak logik atau digambarkan benar-benar jahat.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Atikah berkata dia bosan dengan watak klise perampas dan tidak berminat melakonkan watak tersebut.
BACA: Kekasih Puji Cantik Berhijab, Atikah Suhaime Belum Bersedia
“Asyik-asyik perampas suami orang..kemudian pakai tudung serta lemah-lembut dan alasannya selalunya lemah kerana dia nakkan harta.
“Asyik-asyik perampas laki orang tapi tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat. Lebih teruk, sejak akhir-akhir ini mereka sering dipersembahkan dengan watak antagonis yang bertudung dan lemah-lembut,” katanya.
Dalam pada itu, Atikah berkata dia kerap menerima watak antagonis sehingga penonton selesa melihatnya dengan karakter itu.
Namun, pelakon dari Singapura itu berkata dia akan menerima watak itu hanya jika ada motif kuat untuk seseorang menjadi jahat dalam sesebuah naskah itu.
“Biasanya skrip yang saya dapat watak antagonis tidak kuat untuk dia betul-betul menjadi jahat. Kamu tak boleh terus dilahirkan untuk menjadi jahat kan? mesti ada sebab yang kukuh. Entahlah.
“Sampailah ada motif kuat untuk seseorang jadi jahat dalam skrip tu, barulah saya akan menerima watak antagonis,” katanya.