Atikah Suhaime Macam Tak Percaya Dah Kahwin Dengan Datuk Lokman Teh

Umum mengetahui Ahad lalu pelakon Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz.

Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga, perkongsian Atikah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa teruja serta seakan tidak percaya kini sudah pun bergelar isteri kepada Lokman.

BACA: Atikah Suhaime Sah Bergelar Isteri Datuk Lokman Teh

Menurut Atikah, dia sangkakan ianya seperti sebuah mimpi apatah lagi majlis perkahwinannya berjalan lancar dan cukup indah.

Terdahulu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Suhaime Jamali di sebuah dewan di ibu kota secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga serta temat rapat.

Dalam majlis tersebut, Atikah menerima tujuh dulang bebalas sembilan dan menerima mas kahwin bernilai RM300 namun wang hantaran dirahsiakan.

×