Pelakon sensasi Ruhainies menjadi perhatian netizen apabila memuat naik hantaran di Insta Story memaparkan dia menerima sejambak bunga daripada individu misteri.
Menerusi hantaran itu, Ruhainies turut bertanyakan siapa individu yang menghantar jambangan bunga berkenaan serta berseloroh bertanyakan bila mahu hantar rombongan pula.
BACA: Ruhainies Beri Duit Raya Pada Peminat, Hanya Minta Balasan Doa
Sementara itu, menerusi ruangan komen video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen membuat andaian aktres itu sudah ada insan ‘istimewa’ dihatinya mungkin individu yang menghantar bunga berkenaan.
Terdahulu, pasangan selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku salah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Februari lalu.
Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan pasangan yang ditahan tahun lalu itu menukar pengakuan kepada bersalah.