Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mempersoalkan tindakan netizen yang meminta dirinya meminta maaf dengan madu kepada anaknya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan.
Menerusi perkongsian di Thread, Abby bertanyakan kepada netizen mengapa tidak meminta menantunya, Aslam untuk memohon maaf kepadanya di atas apa yang berlaku.
BACA: “Sana Sini Orang Kutuk, Caci Maki Anak Saya” – Abby Abadi
“Orang sebut-sebut nama saya dekat sini. Tiba-tiba ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya?
“Kenapa awak tak suruh Aslam tu minta maaf dekat saya atas apa yang berlaku? Aslam tu apa? Kayu ke?Kita diam jangan bagi berbunyi… awak tu kita selotep mulut tu kang! Ha,” tegasnya.
Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan tersebut bahawa Aslam yang sepatutnya memohon maaf.
Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan adakah sehingga sekarang Aslam masih belum memohon maaf lagi serta berharap agar Abby terus kuat.