“Aslam Lebih Rapat Dengan Papa” – Marissa Nafi Ketepikan Abby Abadi

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim menegaskan bahawa dia tidak pernah mengetepikan ibunya kandungnya Abby Abadi susulan dakwaan merahsiakan berita kematian anak sulungnya.

Memetik mStar Online, Marissa berkata bukan niatnya membelakangkan ibunya tetapi suaminya, Aslam lebih selesa berkomunikasi dengan bapanya, Norman Hakim.

BACA: Marissa Dania Bengang Tatabahasa Bahasa Inggeris Ditegur

“Aslam lebih rapat dengan papa malah dia hanya maklumkan kepada papa. Malah, dengan Mummy (Memey) pun dia tak beritahu sebab lebih selesa bercakap dengan lelaki. Itu saja sebabnya.

“Saya tak bermaksud ketepikan mama dan akhirnya mama dapat tahu juga. Hubungan kami okay saja. Mengenai isu keluarga, adalah sebabnya dan sebenarnya tiada apa-apa pun,” katanya.

Semetara itu, Marissa berkata dia hanya bergurau apabila meninggalkan komen di media sosial meminta ibunya membalas WhatsApp yang dihantar.

“Memang saya nak hubungi mama, tapi niat saya ketika itu hanyalah untuk bergurau,” katanya.

Dalam pada itu, Marissa berkata dia dan suaminya reda dengan dugaan kehilangan bayi sulungnya meskipun sedih. Namun, dia percaya apa yang berlak adalah ketentuan Allah.

“Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah. Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap tak ada apa rezeki,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×