Ashraf Muslim: Bukan Senang Hidup Bermadu

Kalau disebut hidup bermadu, nama Ashraf Muslim pasti akan menjadi perhatian dalam dunia selebriti dan ada yang menjadikan pelakon juga ahli perniagaan ini sebagai contoh baik dalam hal menguruskan hidup bermadu — namun ianya bukan mudah.

Ianya diakui sendiri oleh Ashraf Muslim dalam kenyataan terbaru beliau kepada Berita Harian hari ini namun ia bukan penghalang untuk beliau jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk menjamin kebahagian hidup bersama dua orang isterinya.

“Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekali gus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik”

“Nikmat bahagia itu Insya-Allah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi”

“Apa yang penting kami saling hormat & tahu tanggungjawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. Insya-Allah,” ujarnya.

Di Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014), syarikat milik Ashraf Muslim yang sudah 2 tahun diterajuinya itu membolot lima kategori iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Pengarah Terbaik Drama, Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik. (rtky/m)

×