“Artis Setiap Kali ‘Cucuk’ Dapat Duit, Sabar Je Buat Swab Test Tu”

Umum mengetahui, ketika ini rakyat Malaysia sedang menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk memberi laluan kepada frontliners terlebih dahulu.

Bagaimanapun, semalam kenyataan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengundang kecaman apabila mencadangkan golongan artis diberi vaksin awal berikutan banyak aduan kerap melakukan swab test.

BACA: Michael Ang Bengang PU Rahmat Tegur Kamal Adli Lamar Uqasha

Perkara itu mendapat perhatian pengarah Michael Ang yang lantang membidas kenyataan Zed Zaidi itu. Menurut Michael artis bukan golongan penting untuk diberi vaksin awal.

“Bagi aku lah, vaksinkan dulu pelajar-pelajar dan yang kena kerja kat pasar, kat mall, tempat makan. I rasa diorang lagi penting kot!

“Kita artis ni sabar aje lah buat Covid test tu! Artis kan setiap kali kena cucuk dapat duit sebab ada ‘show’ baru kena cucuk kan. Jadi, bertabahlah tak payah lah nak minta potong barisan,” tulisnya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang bersetuju dengan pendapat pengarah itu.

Diakhir perkongsian itu, Michael berkata meskipun belum menerima vaksin, para artis akan tetap menggunakan pengaruh mereka untuk menyeru rakyat untuk mengambil vaksin.

×