Artis Senior Iri Hati Dengan Aisha Retno, Ibu Bapa ‘Pagar’ Elak Sihir

Penyanyi Aisha Retno mengakui dia agak terkilan apabila ada rakan industri yang dikatakan kurang senang dengan pencapaian seninya.

Memetik Media Hiburan, Aisha berkata dia berbangga dengan setiap pencapaian diraihnya namun dalam masa sama kecewa apabila diperlakuakn sedemikian oleh rakan seindustri.

BACA: Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000

“Tekanan daripada netizen, pada saya itu perkara biasa. Saya lalui sejak Big Stage lagi. Namun, kini saya perlu berdepan dengan tekanan daripada orang industri muzik yang seakan cuba menunjukkan sisi kedengkian mereka.

“Lama-kelamaan perkara itu terserlah sendiri. Saya penyanyi baharu dan hanya mahu serlahkan kemampuan diri. Namun, ada pula yang kurang berpuas hati,” katanya.

Menurut Aisha lagi, dia menyedari ada beberapa rakan industri yang memilih untuk menjauhkan diri daripada menyelesaikan masalah secara bersemuka.

“Mereka tidak menunjukkan secara terang-terangan tapi kita tahu apa misi mereka. Saya tak pasti sama ada mereka mahu menjatuhkan saya tapi saya dapat rasa hal itu.

“Mereka juga secara tiba-tiba menjauhkan diri daripada saya. Saya ini seorang yang suka menyelesaikan masalah secara terus. Cerita sini, habis sini. Tapi mungkin ada pihak yang lebih selesa untuk menjauhkan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha berkata dia mengakui terkilan kerana individu melakukan tindakan sedemikian merupakan idolanya sejak awal berkecimpung di dalam dunia seni.

“Saya rasa terkilan dan agak sayang kerana saya pernah mengidolakan mereka sejak awal masuk industri. Bila jadi macam ni, saya jadi sedih bila industri kita yang kecil ini pun, ada yang nak mendengki.

“Saya agak terkejut. Baru saya tahu tak semua orang baik. Alhamdulillah saya sudah dipagari oleh kedua ibu bapa yang cukup ilmu agamanya. Saya mintak sangat perkara ini dijauhkan,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan

×