Selepas sekian lama bergelar janda, seorang artis yang dikenali dengan imej seksi akhirnya bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.
Memetik Utusan, Cik Bunga mengatakan bakal suami kepada penyanyi itu bukan calang-calang dan dikatakan daripada kerabat raja Negeri Sembilan.
Malah, ramai yang sedang menunggu kad undangan perkahwinan daripada penyanyi tersebut.
Difahamkan, agak lama juga artis tersebut menjalin hubungan cinta dengan kekasih hatinya itu sehingga ada yang menyangka pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga kerana kemana-mana saja berdua.
Dalam pada itu, artis berkenaan juga terbuka berkongsi cara hidupnya di media sosial yang sudah ke arah kebaratan serta tampil seksi.
Jika benar apa dikata tahniah diucapkan kepada artis berkenaan kerana tercapai hasrat besar untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu.