“Artis Nak Belajar Agama Carilah Ustaz Yang Betul”

Pelakon Fendy Bakry menegur rakan artis atau sesiapa sahaja yang mahu mendalami agama supaya mencari ustaz atau agamawan yang betul.

Tiada niat menyindir mana-mana pihak, Fendy berkata dia gembira apabila melihat ramai rakan artis kini berubah ke jalan yang lebih baik dalam masa sama menjadi contoh kepada orang lain.

BACA: Kongsi Amal Kebajikan Di Media Sosial, Fendy Bakry Samakan Haqiem Rusli Dengan Ebit Lew

“Ia tentunya satu perubahan yang baik dan kita tidak pernah menafikan sebarang usaha ke arah kebaikan. Cuma, bagi saya, kalau nak buat penghijrahan, ia perlu dilakukan secara total dan bukannya sekadar keluar tiga hari.

“Kita kena cuba perbaiki diri secara keseluruhannya, dari segi agama, rohani, kelakuan dan sikap. Memang orang akan kata alahai, manusia semua buat silap tapi bila kita pilih jalan itu, kita juga sebenarnya menjadi contoh kepada orang lain,” katanya.

Sebelum ini, Fendy ada memuat naik status di Facebook pandangannya tentang segelintir pihak juga dipercayai rakan artis yang kini ramai mendekati agama dalam terma ‘keluar tiga hari’.

Dalam entri tersebut, Fendy berkarap agar mereka yang mengikuti program berkenaan memahami maksud penghijrahan serta betul membetulkan niat.

Kata Fendy lagi, dia mengaku pernah diajak untuk menyetai program yang sama namun menolak secara baik.

“Bukan tak mahu, tapi mungkin bukan pada waktu sekarang. Di depan hari, mungkin saya ikut, siapa tahu bukan? Cuma, saya percaya, seandainya mahu mendekati dan mendalami agama, ada ramai lagi ustaz dan agamawan yang kita boleh jumpa.

“Belajar agama ini pula bukan cuma ketika rasa diri kita betul dan bukan cuma dalam tempoh tiga hari. Ada kawan saya yang keluar selama 40 hari, tapi balik masih melakukan rutin yang sama macam dulu, tiada gunanya juga.

“Tapi jangan pula salah faham. Sebab itu saya cakap, betulkan niat. Keluar selama 40 hari sekali pun, kalau ada yang jenis mengabaikan anak dan isteri, itu pun bukan satu contoh yang baik untuk diikuti,” katanya.

×