Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di IG?

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Anna Jobling yang memuat naik status di X menimbulkan tanda tanya peminat sehingga mencetuskan spekulasi.

Menerusi perkongsian itu, Anna menulis ‘puzzle completed’ sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai statusnya itu.

BACA: Tiada Masa Bercinta, Anna Jobling Lebih Pentingkan Tidur & Kerjaya

Malah, ada yang meninggalkan komen pada status itu mengatakan gambar Anna bersama aktor, Meerqeen tiada lagi di Instagram milik aktres itu.

Hasil tinjauan mendapati gambar Anna bersama Meerqeen tiada lagi di media sosial serta gambar bagi mempromosikan drama gandingan mereka berdua iaitu Melur Untuk Firdaus juga tidak lagi kelihatan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilihat masih mengikuti antara satu sama lain di Instagram masing-masing.

Sebelum ini kedua-dua pelakon itu tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan mereka selepas dilihat serasi ketika bergandingan bersama drama Melur Untuk Firdaus sebelum ini.

×