Anna Jobling Akui Takut Nak Kahwin, Pernah Dicurangi Berkali-Kali?

Banyak kes curang diperkatakan di media sosial, pelakon jelita Anna Jobling mengakui bahawa dia bimbang untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi temu bual program Apa Yang Tak Kena, Anna mendedahkan dia juga pernah dicurangi berkali-kali dalam percintaan.

BACA: Amir Ahnaf Nafi Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

@cutiepatootie.cp

sekelas Anna Jobling aja diselingkuhin, apalagi kita woyyy ? teheran heran gimana bisa orang selingkuhin Anna jobling, Anna terlalu mahal untuk laki laki yg murah. peluk jauh my baby girl? #annajobling #apayangtakkena #maskteam #artismalaysia

? suara asli – Secret Admirer ?? – HYFAR????

“Perkara (curang) ni buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya single tapi happy daripada kahwin lepas tu sakit hati.

“Saya pernah kena curang a few times, a couple of times. Saya pun terfikir kenapa boleh dicurangi bukan hanya pada saya sahaja malah kepada wanita lain. Tiada alasan untuk berlaku curang,” katanya.

Sementara itu, Anna berkata dia lebih selesa untuk tidak berkongsikan mengenai hal peribadinya serta membiarkan orang berteka-teki.

“Nobody know semua benda tentang my private relationship life. That is how I like to keep it. Saya tak akan cerita semua benda. 

“Kalau orang nak buat assumption, go ahead  saya tak akan cakap apa-apa tapi you akan nampak bodoh lah sebab buat andaian sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak suka dengan lelaki yang hipokrit tetapi sebaliknya dia melakukan perkara yang dilarang dibuat oleh orang lain.

“Saya paling benci yang sejenis hipokrit macam larang tak boleh buat sesuatu perkara tapi sebenarnya dia yang buat,” katanya.

×