“Anju Baik, Tapi Kena Ada Orang Yang Didik Dia” – Bekas Tunang

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie dilihat ada memuat naik video menjadi perhatian ramai dilihat sedang makan bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Menerusi video itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju pada awalnya meminta netizen untuk meneka siapa individu disebelahnya.

BACA: Luah Rasa Cinta, Zarina Anjoulie Kongsi Video Bercumbu Tanpa Sedar?

@zarinaanjoulie_

? original sound – zarinaanjoulie_ – zarinaanjoulie_

“Okay guys, teka siapa di sebelah saya (guess who is back?). Kami berada di sebuah restoran yang makanan dia memang sedap. Kami saja luangkan masa bersama,” katanya.

Ketika sedang menjamu selera, Anju kemudian bertanyakan satu soalan kepada Khazrul sama ada dia baik atau tidak.

Khazrul pada awalnya hanya menunjukkan tanda bagus dengan menggunakan jari kemudian memberitahu Anju seorang yang baik namun memerlukan seseorang untuk membantunya menjadi lebih baik.

“Anju ini baik tapi kena ada orang yang didik dia, baru dia jadi baik,” katanya.

Terdahulu, Anju dan Khazrul mengikat tali pertunangan pada 26 Januari 2023 namun putus sebulan kemudian.

×