Penyampai dan pelawak Angah mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengundurannya sebagai deejay stesen radio, Sinar FM pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram radio itu, Angah berkata keputusan meninggalkan Sinar disebabkan masalah kesihatan namun tidak menjelaskan masalah kesihatan dihidapinya.
BACA: Angah Raja Lawak Dan Amira Asyura Selamat Bergelar Suami Isteri
View this post on Instagram
Menurut Angah lagi, dia tidak mahu membebankan rakan-rakan penyampai lain kerana sering mengambil cuti sakit.
“Ini tentang kesihatan. Saya tak mahu asyik cuti dan ganggu kawan-kawan lain,” katanya.
Dalam pada itu, Angah berkata dia masih memerlukan kerja tetapi tidak mahu komitmen terganggu disebabkan masalahnya itu.
“Saya tak datang sebelum ini bukan sengaja. Saya tak mahu bangun pagi tiba-tiba sakit dan tak boleh bekerja. Saya masih perlukan kerja,” katanya.
SUMBER: mStar Online