Memuat naik kenyataan di Insta Story, penyanyi Syura Badron meminta orang ramai tidak terus-menerus menghakimi dirinya kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui olehnya.
Menurut Syura lagi, orang ramai mungkin mengenalinya tetapi tidak tahu tentang kisah hidupnya serta tidak berada di tempatnya.
BACA: “48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman” – Siti Nordiana
“Anda tahu nama saya, tapi bukan kisah saya. Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya pernah buat, tapi tak tahu apa yang saya lalui.
“Kalau anda berada di tempat saya, anda awal-awal lagi akan kecundang. Jadi, tolong berhenti menghakimi saya,” tulisnya.
Syura turut terpalit dengan kontroversi apabila dia bersama empat individu lain iaitu penyanyi, Lan Solo, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dikatakan menyebut nama Siti Nordiana ketika perbualan secara langsung di Instagram.
Dalam perbualan itu, Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.