Kemunculan pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anak sulungnya, Ayden Adrean ke Parlimen baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Lebih menjadi perhatian apabila tular video memaparkan Ayden teruja berari ke arah Bella serta memanggil Syed Saddiq sebagai ‘dad’ iaitu ayah.
BACA: Bella Tak Boleh Fokus Tengok Syed Saddiq, Netizen Dengar Macam Panggil ‘Baby’
@
“Dad, here dad (ayah, di sini ayah),” kata anak sulung Bella memanggil Syed Saddiq untuk mengambil gambar bertiga.
Bukan itu saja, turut menjadi perhatian apabila ahli Parlimen Muar itu turut memperkenalkan Ayden sebagai anaknya.
“Itu dia anak saya, bodyguard (pengawal) mama dia,” katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh melihat Ayden teruja untuk bergambar serta memanggil Saddiq sebagai ‘dad’.