Pelakon Rita Rudaini berkongsikan kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memenangi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Sabak Bernam dalam acara 100 meter.
Bukan itu saja, Rita berkata anaknya yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu turut memecahkan rekod 20 tahun acara berkenaan.
BACA: Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dikenakan Tindakan
View this post on Instagram
“Ryan dpt pecah rekod 20thn MSSD sabak bernam 100m dgn rekod baru 11.44s ( rekod lama tahun 2004 11.58s)” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Rita berkata anaknya bukan saja banggakannya dalam pelajaran sahaja malah dalam sukan olahraga dan dia akan sentiasa menyokong Rayyan.
“Alhamdulillh, rezeki Ryan dpt wakil peringkat MSS..Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula…Insya Allah mommy sokong!” tulisnya.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengucapkan tahniah kepada anaknya serta turut mendoakan agar Rayyan terus berjaya di dunia dan akhirat.