Anak lelaki kepada penyanyi Datuk ND Lala iaitu Amir Syafiq mendedahkan dia pernah menasihatkan bapanya untuk menceraikan isteri baru serta menyelesaikan konflik keluarga mereka.
Memetik mStar Online, Amir berkata lagi jika bapanya memilih untuk bersama Siti Munirah maka dia akan kehilangan Fauziah serta empat anak mereka.
BACA: ND Lala, Isteri Sah Bercerai Selepas 34 Tahun Kahwin
“Abah, kalau sayang mak, sayang anak-anak ceraikan dia (Siti Munirah). Cakap elok elok dengan dia. Dia akan faham, dia baru 33 tahun dan ada jalan yang masih panjang.
“Tapi kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural. Saya cakap lagi, tapi kalau abah rasa nak pilih dua-dua, abah bermimpi,” katanya.
Menurut anak kedua daripada empat beradik itu lagi dia menyayangi kedua ibu bapanya sama rata. Ujarnya, keluarganya kini hidup seperti biasa meskipun tanpa ketua keluarga.
“Saya nak bagitahu abah, kami dekat rumah ni okay je walaupun abah tiada sebab abah yang kami kenal bukan abah yang sekarang ni. Kalau Abah yang sekarang ini ada dekat rumah, orang pun tak nak,” katanya.
Terdahulu, Fauziah Sarman mengesahkan telah diceraikan suaminya, Datuk ND Lala pada 2 Ogos lalu. Fauziah berkata lafaz cerai dibuat oleh ND Lala pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan dia dimaklumkan semalam melalui WhatsApp.