Pelakon Lufya Lana memuat naik perkongsian di Instagram mengenai anaknya, Laana Haura yang mengadu sering dikasari rakan lelaki di sekolah.
Menerusi hantaran itu, Lufya berkata sudah ke sekolah sebelum ini berjumpa dengan ibu bapa pelajar lelaki yang mendendang dan menumbuk anaknya. Kata Lufya, anaknya seorang yang peramah dan mesra berkawan menyebabkan senang dibuli.
BACA: Sokong Gerakan Blockout2024, Lufya Tak Kisah Hilang Kawan
View this post on Instagram
“Sebelum ni Lufya dah ke sekolah berjumpa dengan parents yang anak lelakinya menendang dan menumbuk Haura. Haura ni sejenis peramah dan kadang terlalu friendly.
“Yang geramnya Setiap kali balik sekolah die complain yang sama pasal pelajar sekelasnya yang selalu ganggu Haura. Cerita yang sama budak lelaki yang sama,” tulisnya.
Bagaimanapun, Lufya meluahkan rasa geram setiap kali balik dari sekolah dan masih lagi diganggu oleh pelajar lelaki yang sama dan apabila berjumpa ibunya memohon maaf meskipun kejadian itu kerap kali berlaku.
Tambah Lufya, dia menerima permohonan maaf tersebut namun kejadian itu tetap berulang lagi sehingga dia membuat keputusan untuk mendaftarkan anaknya ke kelas taekwondo.
“Bila berjumpa maknya mintak maaf walaupun kurang menerima. Ok tak apa saya terima. Tapi “kejadian” nya berulang lagi.
“Jadi saya buat keputusan masukkan Haura Taekwando lepas ni kalau Haura yang lembut manja ni mengganas nasib kau la nak. Siapa yang rajin nak buli lagi make sure parents tak complain anak saya yang mempertahankan diri ya,” katanya.
Perkongsian Lufya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan tindakan pelakon itu untuk anaknya mempertahankan diri.