Anak Dapat SPM 6A, Kak KM Hadiahkan Anak Mercedes & RM10,000

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Liana Rosli atau Kak KM menghadiahkan anaknya, Mohd Faris wang RM10,000 dan sebuah kereta Mercedes sempena kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, anak keduanya itu meraih 6A dalam peperiksaan tersebut.. Menerusi satu video dikongsikan, anaknya dilihat gembira dengan hadiah kereta dan cek diterimanya itu.

BACA: Kak KM Syukur Anak Dapat 6A SPM, Berkat Doa Solat Hajat Setiap Hari

“Faris, sempena kejayaan abang.. first ni kereta… nombor dua.. ni dia (sambil menghulurkan cek),”katanya.

Terdahulu, Kak KM dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gembira ketika menerima keputusan anaknya serta bersyukur, Faris memperoleh keputusan cemerlang 6A.

Kak KM berkata anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan mereka sekeluarga juga turut melakukan solat hajat bagi mendoakan anak keduanya itu.

×