Umum mengetahui hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan. Penyampai radio, Sharifah Shahirah dilihat ada memuat naik video mengambil keputusan anaknya, Airra Zulkifli.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata anak perempuannya itu hanya memperoleh satu A iaitu dalam subjek Bahasa Inggeris.
BACA: Sharifah Shahirah Bakal Mulakan Tugas ‘3 Pagi Era’ Isnin Depan
Menurut Shiera lag, anaknya mendapat B dalam subjek Sejarah, C dalam Matemarik dan E dalam Kimia.
View this post on Instagram
“1 A tanda memperoleh kemenangan. Baik semua lulus. B Sejarah, Kimia dapat E, kenapalah Airra ambil Kimia tak ambil melukis? Dia minat melukis,” katanya.
Difahamkan, Airra tidak kelihatan kerana dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Pulau Pinang dan sudah mengetahui keputusan tersebut menerusi semakan secara dalam talian.
“Saya datang ke sekolah anak saya untuk ambil keputusan SPM, tapi anak saya tak ada kerana dia kena naik kapal terbang ke Langkawi hari ini.
“Saya tetap datang sebab saya nak tengok dengan mata sendiri. Sekarang ini, yang dapat 9A sedang naik pentas. Kami semua seronok, dan sebak melihat pencapaian mereka,” katanya.