Anak Baru Masuk 7 Bulan, Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi

Baru tujuh bulan menimang cahaya mata, pelakon Fizo Omar mengumumkan isterinya,  Fazeera Nazri kini hamil anak kedua mereka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo berkongsikan khabar gembira itu serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan.

BACA: Fizo Omar Kongsi Gambar Bercuti, Netizen Tanya Guna Duit OctaFX Ke?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Fizo turut memaklumkan usia kandungan isterinya sudah pun melepasi trimester pertama dan kini mencecah lima bulan.

Menurut Fizo, beza anak pertamanya bersama Fazeera iaitu Wan Khaleeda dengan anak kedua mereka itu adalah 11 bulan. Fizo juga sempat berseloroh mengatakan ‘kilang’ sentiasa buka.

Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta tumpang gembira dengan berita tersebut.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda kini berusia tujuh bulan.

×