fbpx

Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi berkongsikan video momen bersama anak perempuannya, pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim.

Menerusi entri itu, Abby mendedahkan anak-anaknya berkulit putih kerana tidak bermain panas dan hanya dudul dalam penghawa dingin setiap masa.

BACA: “Mereka Sekolah Agama, Bermadu Untuk Elak Maksiat” – Abby Abadi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Abby berkongsikan perkara itu selepas ditanya oleh individu. Menurut Abby, dia dan suaminya bekerja keras untuk memastikan anak-anak mereka hidup selesa.

“Masa ni mamanya tengah bersembang .. dia nak tutup mulut supaya diam padahal orang depan mama tanya kenapa anak-anak kita semua putih je.. kita jawablah anak-anak Saya tak main panas, duduk aircond 24/7.

“Nampak mcm T20 je duduk aircond 24 jam kan? Hahaha tulah dia.. Pengorbanan Mama Abah yg anak-anak kena tahu. Masa anak-anak kecik-kecik dulu, Mama sorang, 9tahun kebelakangan ni dengan abah sekali. Bayar semua sama-sama.

“Mama abah kerja keras tau nak anak-anak selesa, hidup macam org kaya walaupun hihi..Dah duduk sendiri, dah ada anak-anak, dah kena bayar itu ini, baru faham nanti,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian tersebut Abby turut menitipkan pesanan kepada mereka diluar sana agar jangan berhenti mendoakan buat ibu bapa masing-masing dan menjaga ikatan kekeluargaan.

Dalam pada itu, Abby turut memberi peringatan kepada diri sendiri dan netizen supaya tidak mencari kesalahan orang lain.