Pelawak dan penyampai Jep Sepahtu memuat naik hantaran meluahkan rasa syukur menerima hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Jep berkata dia menerima hadiah yang membuatkan air matanya tidak berhenti mengalir serta meluahkan rasa syukur atas pemberian berkenaan.

BACA: “Tetaplah Menjadi Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain” – Jep Sepahtu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Jep turut mengatakan dia akan menjaga amanah tersebut dengan penuh rasa syukur, kasih dan sayang serta turut menyebut nama dua anaknya, Khidir dan Abu Bakar.

Jep turut meletakkan tanda pagar #anaksyurga #anakabah #autism, namun tidak dinyatakan lebih lanjut dalam hantaran berkenaan.

Jep mendirikan rumah tangga dengan aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.

×