Amyra Rosli Reda Amar Baharin Bakal Tinggalkan Keluarga 3 Bulan

Pelakon Amyra Rosli mengakui pada awalnya dia sukar untuk menerima keputusan suaminya yang juga, aktor Amar Baharin akan menyertai misi berbasikal ke Makkah pada bulan April ini.

Memetik Astro Gempak, Amyra bagaimanapun memberitahu dia reda serta berlapang dada dengan keputusan suaminya itu.

BACA: Amyra Rosli Keguguran, Tiada Rezeki Timang Anak Ketiga

Tambahnya lagi, sebagai isteri dia perlu memberi sokongan dengan apa jua yang dilakukan oleh suaminya serta mendoakan perjalanan Amar akan dipermudahkan.

“Amar akan pergi berkayuh selama tiga bulan tinggalkan saya dan anak-anak. Awalnya memang tak boleh nak terima idea itu, sebab tempoh itu sangat lama.

“Namun dia maklumkan terlebih awal, jadi ada tempoh saya untuk kawal emosi dan muhasabah diri. Kalau saya sebagai isteri tidak menyokong dia, bagaimana nanti perjalanan dia mahu ke sana. Saya serahkan segalanya kepada Allah dan mendoakan urusannya sentiasa dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, Amyra berkata dia percaya bahawa suaminya mampu menjaga diri serta ada satu permintaan agar Amar sentiasa maklumkan keberadaannya.

“Tipu kalau tidak timbul perasaan risau, saya percaya Amar seorang yang sangat berhati-hati. Saya tak minta perkara tidak elok terjadi, semoga Allah melindunginya, saya reda.

“Saya pesan dekat dia, selagi tidak mengganggu perjalannya minta tolong ‘update’ atau telefon saya dengan anak-anak,” katanya.

Difahamkan, Amar akan berbasikal menuju ke Makkah bersama rakannya yang juga pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

SUMBER: Astro Gempak

×