Ammar Alfian Nafi Belasah Kekasih

Pelakon Ammar Alfian menafikan dakwaan dia pelakon yang didakwa membelasah teman wanita susulan tular laporan media semalam.

Ammar menjawab tuduhan tersebut di ruangan komen Instagram sekaligus menyangkal dakwaan berkenaan apabila ada yang memetik namanya serta bertanyakan adakah dia pelakon yang dimaksudkan.

BACA: Ramai Tergoda Ammar Alfian Belanja Badan Sado, Urat Timbul Macam Wayar

“Nateh bukan aku gila,” tulisnya beserta emoji gelak.

Sementara itu, Ammar turut berkata dia menyedari wajahnya kelihatan jahat dan sering melakonkan watak antagonis serta meminta produser memberikan watak ustaz selepas ini.

Semalam media melaporkan seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon di Ara Damansara. Dalam kejadian 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

“Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi,” lapor polis.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya. Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

SUMBER: Harian Metro

×