Amira Othman Akui Tumpang Populariti Fattah Amin 

Penyanyi Amira Othman mengakui senjaga mencipta gimik kononnya menjalin hubungan dengan duda terhangat Fattah Amin untuk menjayakan lagu barunya, Bila Nak Kahwin.

Memetik Kosmo, Amira berkata dia mengambil risiko untuk melakukan gimik berkenaan sebagai cara mempromosikan lagu barunya serta berharap ianya tidak melukakan hati peminat.

BACA: Amira Othman Tak Tolak Jodoh Dengan Duda

“Dahulu orang selalu tanya saya kenapa saya tak ada kontroversi? Jadi saya ambil risiko dengan melakukan gimik bersama Fattah. Jika saya tak ambil risiko ini maka saya akan berada di takuk yang sama. Mungkin saya takkan keluar dari zon selesa.

“Saya sedar mungkin ramai yang suka atau tidak suka dengan gimik ini. Saya harap gimik ini tidak lukakan hati peminat dan penyokong saya,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata dia sedia dikritik apabila melakukan gimik tersebut serta sedar dengan risiko yang akan dihadapi.

“Sebelum lakukan gimik ini saya sudah fikir segala kemungkinan. Pihak label juga ada beritahu tentang risiko yang akan dihadapi. Insya-Allah saya sudah bersedia untuk menerima segala kritikan. Saya harap mental saya okey untuk mendepani segala kecaman,” katanya.

Dalam pada itu, Amira turut mengakui menumpang populariti Fattah serta berharap gimik yang dilakukannya itu tidak keterlaluan.

“Rasanya sesiapa pun yang bekerja dengan Fattah pasti menumpang popularitinya. Saya berterima kasih kepada Fattah dan pihak pengurusan kerana sudi bekerjasama. Saya akan kenang jasanya,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×