Sedang dilamun cinta, sebelum ini pempengaruh media sosial, Ameera Khan berharap hubungannya dengan aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol akan kekal selamanya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ameera dilihat ada memuat naik gambarnya bersama Jefri serta mengatakan bahawa dia tidak boleh hidup tanpa Jefri.
BACA: “Good Looking, Kalau Jefri Ada Segalanya Tapi Bukan Playboy, Itu Saya Risau”
“Tak boleh hidup tanpa awak juga Jefri Nichol,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Ameera berkata dia lebih mengenai Jefri berbanding orang ramai berikutan ada yang meninggalkan komen melabel kekasihnya sebagai lelaki ‘red flag’.
“Dia playboy? Bagus! Lelaki kalau dia good looking, popular dan memiliki segala-galanya tetapi bukan playboy, saya akan lebih risau.
“Dia ‘red flag’? Saya nampak menarik dalam warna merah. Merah adalah antara warna yang sangat cantik,” katanya.