Perkongsian pempengaruh media sosial, Ameera Khan sering menjadi perhatian ramai apatah lagi selepas dilihat mesra dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi perkongsian terbaru, Ameera dilihat mengenakan seluar denim tertera huruf J dan N pada bahagian punggung.

BACA: Jefri Nichol Teringin Pergi Kelantan, Anggap Ameera Khan Paling Cantik Di Dua Negara

Rata-rata netizen percaya dua huruf tersebut mewakili pangkal nama kekasihnya iaitu Jefri. Turut menjadi perhatian, Jefri turut memuat naik semula hantaran berkenaan di Insta Story dengan kapsyen ‘dayuuuumn’.

Terdahulu, Jefri memberitahu dia teringin ke negeri Kelantan jika datang ke Malaysia kelak, apatah lagi ianya merupakan tempat kelahiran Ameera.

Sementara itu, Jefri turut memberikan reaksi apabila ada netizen memuji kekasihnya itu cantik serta beranggapan Ameera adalah wanita paling cantik satu Indonesia dan Malaysia.

SUMBER: Oh Bulan

×