Ameera Khan Dedah Lebih Terpikat Dengan Lelaki Indonesia

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan berkata dia masih lagi belum mempunyai hubungan yang serius memandangkan usia baru 23 tahun.

Menerusi sesi live di TikTok, Ameera berkata dia berkawan dengan ramai lelaki sebelum membuat pilihan untuk menjadi pasangannya.

BACA: “Mama Kata Saya Kena Ada 8 Boyfriend” – Ameera Khan

“Sudah tentu, saya masih muda. saya baru 23 tahun. Saya tak boleh hanya jumpa seorang lelaki dan terus ‘he is the one’. Tidak, anda kena jumpa beberapa lelaki dan okay, yang ini ada potensi, yang ini boleh jadi kawan.

“Yang seorang itu mungkin tak boleh pakai langsung. Ada ya, ramai dari jantan (lelaki) yang ada potensi. Dia tak buat apa, zero effort. Itu yang tak boleh pakai,” katanya.

Sementara itu, Ameera berkata dia lebih tertarik dengan lelaki berasal dari Indonesia kerana personaliti mereka yang lembut apabila berbicara.

“Mungkin jodoh kami orang Indonesia atau pun egypt, atau pun Malaysia. Orang Indonesia baik-baik, orang Malaysia baik-baik juga, kenal ramai dah orang dari Malaysia.

“Kalau Malaysia, dari pengalaman saya, saya tak bercakap secara umum, dari pengalaman saya. Bila mereka penyayang, melindungi dan semuanya, jadi toksik. Tapi Indonesia best.

Dalam pada itu, Ameera berkata hatinya terpikat dan ‘cair’ apabila lelaki Indonesia memanggilnya dengan panggilan ‘cinta’.

“Saya tak tahu, mereka sangat menghormati, sangat penyayang… sebagai contoh, bercinta dengan Malaysia sweet juga ‘my love, baby, sayang’. 

“Tapi kalau Indonesia, mereka macam ‘hi cinta, buat apa cinta hatiku’. Oh my god, saya sangat menyukainya. Saya suka macam itu,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×