Ambil Ramai Pembantu, Netizen Risau Anak Intan Najuwa Tak Kenal Ibu

Sebelum ini, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak mereka Imane Lunara.

Bukan hanya pembantu, Intan berkata suami turut mendapatkan ururawat khas untuk pastikan Luna sentiasa dalam keadaan baik.

BACA: Intan Najuwa Syukur Suami Sediakan 3 Pengasuh & Jururawat Jaga Anak

@intannajuwaaa

Recharging for the week ahead ??

? champagne – G Sounds

Baru-baru ini, Intan dilihat ada memuat naik video di TikTok memaparkan tiga orang pembantu bersama seorang jurutawat berada di sebuah hotel.

Bagaimanapun, ada netizen yang bimbang jika anak kepada pelakon itu keliru memandangkan mempunyai beberapa orang pembantu di sekelilingnya.

Tidak hanya berdiam diri, Intan membalas komen netizen dengan mengatakan anaknya bijak dan tahu mana satu ibunya. Tambahnya lagi, dia bersama dengan anaknya selama 24 jam.

Terdahulu, Intan berkata suaminya berbuat demikian kerana mahu memastikan dia mendapat rehat yang cukup dan boleh menjaga dirinya.

×