Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa terkilan apabila kehilangan besan sebaik ibu bapa menantunya, Puteri Sarah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Patimah turut memuat naik gambar menantunya, Puteri Sarah bersama kedua ibu bapanya yang kini sedang bercuti di Turki.
BACA: “Sedarkah Dosa Kamu Yang Sudah Menghancurkan Sebuah Masjid…” – Datin Patimah
View this post on Instagram
“Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mertua yang memahami bagi Sol,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan meskipun Syamsul dan Puteri Sarah sudah bercerai namun masih ada ikatan ibu bapa mentua dengan cucu-cucu.
Dalam pada itu, ada yang berharap hubungan ukhwah antara kedua keluarga itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat, malah ada yang mengatakan yang rugi adalah Syamsul kerana tu adalah pilihannya.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Namun bercerai pada 14 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.