Bulan Ramadan sememangnya paling dinanti umat Islam. Malah, ada juga non-muslim turut berpuasa termasuklah beberapa artis ini yang puasa penuh setiap tahun.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong turut tidak ketinggalan untuk berpuasa pada tahun ini.
BACA: Alvin Chong Didakwa Bercinta Dengan Gadis Bawah Umur?
Dalam satu perkongsian di Instagram, Alvin dilihat ada memuat naik videonya bersahur pada hari pertama. Menurut Alvin, dia sangat gemar memakan kurma.
View this post on Instagram
Mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang menjalani ibadah tersebut, ucapan terakhir pelakon itu menjadi perhatian ramai.
Alvin sempat berpesan kepada supaya meningkatkan ibadah dan serta mengingatkan jangan tinggal solat.
Perkongsian Alvin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menghargai pesanannya itu serta turut mengucapkan selamat berpuasa.