Pelawak Along Cham diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang untuk melantik peguam syarie bagi mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Memetik Sinar Harian, ia berikuta terdapat kesilapan dalam dokumen yang difailkan Along dimana dia perlu memfailkan permohonan baru yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.
BACA: “Saya Akan Bawa Mama Ke Mana Saja, Ini ‘Syurga’ Saya”
“Permohonan itu nanti perlu dilengkapi dengan maklumat dan fakta, malah dakwaan yang ingin diutarakan juga kena betul. Sertakan tarikh, masa dan tempat bagi proses pengesahan cerai secara taklik ini,” kata Hakim Syarie.
Mahkamah mendapati berlaku kekeliruan pada tarikh lafaz taklik berkenaan dan dokumen tersebut ada menyebut berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu.
Sementara itu, Along berkata dia pelik dengan sikap Afreena yang melantik dua peguam syarie untuk mengendalikan kesnya sedangkan isterinya itu juga bersetuju untuk selesaikan kes dengan cepat.
“Bagaimanapun, hari ini dia lantik dua peguam untuk mewakilinya, jadi memang menyukarkanlah. Kalau lantik peguam, sudah jadi tak cepat, padahal boleh selesai hari ini,” katanya.
Pada 10 Februari lalu, Along memfailkan permohonan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
SUMBER: Sinar Harian